Thursday, 19 October 2017

Cutting Grass - Potong Rumput

I'm live at village that have big lawn area which is about one acre, and you know, to maintain that large area is an exhausting job. You will never finished it in one day alone.Before moving to this place, i used to lived in semi-detached house, it has a small green area on the side. Regularly people in this area will ask the contractor to mow the lawn and that small space required you top pay almost RM30-RM50. Just imagine if I ask to cut the grass for 1 acre? So, it end up to do it by yourself :)

If i just thinking about exhaust, i will do nothing. But in permaculture perspective, this is kind of harvesting yield.Yes, it's a lot...It can be used to be in compost pile, creating new raised bed, mulching and making new fertilised soil. So this job is a great job actually. Many of villagers they just burn the grass. It's a short term solution without thinking it will give a lot of negative impact to our mother nature. The open burning activities not only increase carbon footprint, harm-full particles on air, and for sure it will impact to your health too.

So the fresh cut grass i will turn it into a rich compost fertiliser, it will add with daily kitchen waste which is a lot. I almost get 1-2kg kitchen waste everyday. I used to collect fresh cut grass from every home and starting making a new raised bed to plant vegetables for our consumption.

Bahasa Melayu
Bila duduk dikawasan yang berhalaman besar mcm kat kg ni, nak memotong rumput mmg satu kerja yang agak memenatkan. Kalau rumah semi-d dulu pun upah untuk potong kawasan laman tepi pun dah cecah RM30,ni apatah lagi kalau nak potong rumput kawasan 1 ekar. Nak taknah mestilah dibuat sendiri.

Rumput yang dikutib dijadikan sebagai batas baru untuk
menanam sayur tanpa menggunakan tanah
Bila fikir penat,mungkin kita susah nak buat.Tapi bila fikir,hasil potongan rumput tadi boleh digunakan kembali untuk menyuburkan tanah,kita akan rasa perbuatan tu takdelah sia-sia. Kebiasaanya orang kita akan membakar rumput2 kering. Pembakaran adalah idea singkat menyelesaikan masalah lokal tetapi memberikan impak negatif kepada udara secara makro.  Masalah sendiri selesai tetapi memberikan masalah kepada persekitaran...bukankah selfish namanya tu..ia akan meningkatkan jumlah karbon dalam udara dan mengakibatkan pencemaran partikel udara dan sebagainya.

Batas rumput yang sudah ditanam sayuran.
Sayuran lebih segar dan sihat.
Rumput yang dipotong boleh kita jadikan baja kompos,ditambah dengan hasil atau buangan sisa-sisa yang tak lagi digunakan dari dapur. Sisa atau waste ini akan mereput dan terurai kembali menjadi tanah yang kaya dengan mineral yang memberi manfaat kepada tumbuhan dan tanah. Sebelum ni saya mengutip plastik-plastik rumput yang dipotong dirumah orang untuk dijadikan batas untuk menanam sayur. Ada orang membeli tanah di nursery, boleh juga tapi saya cuba manfaatkan sisa buangan untuk dikitar balik. Tanah yang ada makin lama makin merosot kandungan mineral dan kesuburannya kerana telah digunakan Jadi, menghasilkan tanah yang subur daripada sumber alami ini antara perkara utama yang amat dititik beratkan dalam konsep permaculture (Creating new soil).


Rumput kering yang dikumpulkan dalam timbunan
mempercepatkan proses mereput.


Daun kering boleh diguna sebagai mulching. Membantu
melembabkan
 tanah dan memberikan kesuburan kepada tanah

Dalam permaculture, apa sahaja yang kita buat haruslah memikirkan persekitaran dan mencari sebolehnya bagaimana ia boleh memberikan manfaat kepada banyak perkara-perkara lain. Contoh dengan tidak membakar daun/rumput tadi, kita bukan sahaja membantu mengekalkan kebersihan udara, malah dengan aktiviti kompos tadi membantu menyuburkan tanah pulak. Daripada tanah yang subur tadi, menghasilkan buah/sayuran yang berkualiti tanpa perlu bergantung kepada baja kimia yang menjamin kesihatan tubuh badan manusia(Earth Care & people care) . Nampak proses tu kan..simple tapi sangat holistik, bukan saja manfaat pada manusia, tetapi juga kepada alam..please dont just think about ourselves.... Harap entry ringkas ini memberi info kepada anda semua. Wassalam!

Monday, 14 August 2017

Apa sebenarnya Sustainability?

Assalamualaikum sahabat2, Sustainability mungkin dan memang menjadi satu perkataan yang sangat mahal,mempunyai nilai yang sangat2 tinggi dalam keadaan dunia yang sangat tenat kini. Kalau perasan di pasaraya, benda yang adalah organik pastinya akan menjadi mahal. Kenapa istilah organik ini menjadi trend sekarang? Ini menunjukkan banyak benda2 disekeliling kita tidak lagi selamat/ Tanaman banyak bergantung dengan bahan kimia, daripada baja,racun dan sebagainya adalah campuran bahan kimia berbahaya yang kononnya melindungi tumbuhan dan tanaman kita dan dapat menghasilkan hasil yang banyak dan baik. Inilah isu food security...

Kembali kepada topik, Jadi apa yang kita faham pasal sustainability? Ia adalah satu sistem dimana kita cuba menghasilkan sebanyak mungkin tenaga/sumber yang akan kita gunakan, supaya akan ada keperluan yang cukup untuk menggantikan sumber-sumber yang telah/akan habis digunakan sepanjang sesuatu sistem/ekologi itu hidup wujud dan ianya sentiasa berterusan. Maknanya, sumber sentiasa mencukupi dengan kitarannya sendiri...

"...Dalam kata lain, sumber yang cukup yang dihasilkan itu dapat digunakan semula untuk menghasilkan kembali apa yang telah dihasilkan pada mulanya secara berterusan. Itulah kitaran sesuatu sistem..."
Bagi seorang yang mengamalkan permaculture, menghasilkan sustainability adalah merupakan tujuan yang penting, tapi ada lagi penting iaitu,  Kita bukan hanya letakkan matlamat dalam design/rekabentuk supaya dapat memberi dan menghasilkan kepada keperluan kita sahaja, tetapi dalam masa yang sama menghasilkan "lebihan/surplas" yang dapat meningkat "diversity" dan "kesuburan" dalam sistem/ekologi kita dan untuk manfaat makhluk-makhluk yang turut bergantung dengan sistem yang kita wujudkan. -Sharing

Contohnya, dengan bekerjasama dengan "nature/alam" misalnya matahari, & hujan, kita boleh design in such a way, elemen ini dapat digunakan untuk berikan kita sumber makanan, menjadi teduhan untuk kita dan boleh memberikan kita keselesaan.

Permaculture adalah satu interdisciplinary dimana semua sistem-sistem yang ada disekeliling kita harus kita fikirkan bagaimana boleh untuk dimanfaatkan. Ekosistem yang ada mempunyai interaksi yang sangat kompleks, jadi kesemua mereka saling bergantung keperluan dengan benda-benda lain di alam ini, tumbuhan,haiwan,manusia,udara, air, tanah- kesemuanya harap dapat berkesinambungan dengan baik sekali. Dengan sistem industri yang ada  kini, mungkin agak sukar sekali. Sebab ianya bersifat "autokratik"...

Untuk itu, kita boleh meniru/mimic "natural pattern yang sangat hebat", bukan hanya dalam design garden dan food forest kita sahaja, tetapi turut mengambil kira sistem tenaga(matahari,angin dan air), ecological buildings, "waster" cycles, community structure dan ekonomi setempat..untuk kita lihat dan belajar, bagaimana kesemua ini dapat diletakkan secara harmoni kerana kesemua benda ini amat2 berhubungan...

Sunday, 13 August 2017

Kerosakan Alam dalam Skala yang Besar!


Aktiviti manusia atas muka bumi ini telah menghasilkan pelbagai kerosakan & kesengsaraan terhadap alam dan bumi ni, laut semakin tercemar dan berasid,lapisan ozon yang semakin menipis dan kehilangan pelbagai khazanah alam(biodiversity). Zaman kita ni, adalah zaman dimana kita diajar = untuk 'membangunkan' sistem pertanian berasaskan industri dan keuntungan semata-mata. Dimana sebenarnya tanpa sedar kita membantu membangun sistem pertanian yang sangat-sangat merosakkan alam -  ini diamalkan di seluruh dunia.


Soil Degradation/Kualiti tanah yang kian merosot - adalah satu masalah yang paling besar kini. Cara pertanian yang digunakan sekarang menyumbang kepada hakisan, kerosakkan hidupan dalam  tanah, dan  kesuburan tanah yang makin rosak. Ianya sudah pasti menggangu sistem ekologi alam secara keseluruhan dimana kita dan orang-orang tua kita dahulu bergantung sepenuhnya kepada alam.

Tanah dirosak dan dieskploitasi untuk menghasilkan tanaman secara 'cepat' dan 'besar' tanpa menghiraukan untuk membaikpulih semula tanah dan sumber nutrien yang telah hilang. Tanah yang tidak subur lagi ditinggalkan seekar demi seekar dan akhirnya bergantung kepada bahan kimia/sumber-sumber luar untuk dibaik pulih.

Maksud Permaculture yang meluas!

Definisi yang mencakupi maksud yang luas : PERMACULTURE

Permaculture( permanent + agriculture) adalah satu sistem yang mempraktiskan penggabungan pelbagai elemen-elemen dalam  alam ini seperti tanah,sumber,manusia dan persekitaran kedalam satu bentuk sistem yang saling memberi manfaat antara satu samalain, tidak hasilkan pembaziran dan dalam sistem kitaran tertutup(closed-looped) seperti mana yang kita lihat di alam secara semulajadi.

Permaculture adalah satu cara yang  ada penyelesaian  holistik serta amat sesuai untuk diaplikasi samada kita berada di kampung, di bandar atau dimana-mana keadaan dan skala, Tidak hanya terhad kepada pertanian dan bercucuk tanam sahaja, ia juga boleh diterap dan juga berkait dengan masalah-masalah semasa yang berlaku termasuklah pertanian, perhutanan, pengumpulan dan pengurusan air, tenaga baru, cara pembinaan bangunan yang sustainable, pengurusan sisa, sistem haiwan dan ternakan ,ekonomi-sosial-kekeluargaan, teknologi dan pembangunan komuniti.

Ia adalah cara yang paling praktikal dimana pelbagai sumber yang ada dan ekosistem semulajadi ini kita gabungkan untuk kita mendapatkan keperluan makanan, tenaga, tempat berteduh and keperluan lain didalam bentuk yang mampan/berdaya tahan/sustainable dengan cara yang tidak merosakkan  bumi ataupun hidupan lain.


Falsafahnya mudah, dalam permaculture kita bekerja mengikut pattern, perhatidan lihat bagaimana alam melakukannya, bukannya melawan(seperti mana kebanyakkan sistem yang ada kini). Dalam permaculture, kita akan mengambil kira secara terperinci bagaimana nak menjadikan satu kawasan/ruang itu supaya mempunyai pelbagai fungsi yang boleh dimanfaatkan untuk kebaikan semua benda yang ada di dalam dan sekitar kawasan itu, interaksi hidupan seperti tumbuhan,haiwan,manusia,tanah,sungai/air dan macam-macam lagi amat penting untuk keseimbangan. Bukannya hanya menyediakan satu jenis tanaman sahaja untuk keperluan kita sahaja kerana alam dan tempat itu,bukan  dijadikan untuk kita sahaja..Disana akan terdapat, serangga, beburung, dan bermacam lagi yang turut bergantung dengan sumber yang kita hasilkan..sharing is caring bukan?



Wednesday, 15 March 2017

Kitchen Waste - Sisa Makanan | Suatu Manfaat

If we can count, how much waste we just produced in a day? It's a lot bro. We see it as a dirty which can't give any benefit anymore. One thing i learnt about food waste which change my perspective about it is, the output from us is actually an input to others. It's a waste to us, but it's become food source to chicken, birds, micro organism, worms, insects and many more. Chicken manure is an output but it can be input to soil as a nitrogen source.

To many of farmers who breed the birds commercially, the source of food is very crucial and high cost. But did you know, how much rice were thrown away from school canteen, restaurant and food stall? This is what I did recent years, go and collect all the waste to feed my chicken.It's free.

Everyday, on the way to the office, i will drop a bucket at the nearby restaurant and ask owner to put all the food waste in it. Every Wednesday, there will be a night market nearby and those who sell vegetable will throw away every damage pieces of it. I see as a good food ( even there are not 100% organic) but still better than feeding the chicken with processed food which we don't know the source of it.
Today i got a lot cabbage, i'm pretty sure the bird will love this. It will produce good and healthy meat. This good habit not only will keep the chicken in good condition but also helps to reduce the abundant food waste we as human produce everyday, and off course keep the world in better place to live.

I'm trying to live in a zero waste environment, or in a closed loop cycle.  We use everything and turn back into the soil. In permaculture, building good soil is very important and it is one of the key thing we need to be focus on. When the soil is good, you can plan anything. Before this i like to burn the grass, but now i learn to keep and make it as a compost. It's a yield too.

Kalau kita kira dalam sehari, berapa kilo Waste ataupun sisa makanan yang kita buang...sangat banyak. Dan kita melihat ia sebagai satu benda yang kotor dan tidak lagi bermanfaat. Ada satu perkara besar  yg saya belajar  tentang sisa makanan ini...ia adalah output daripada kita...Output tidak semestinya tidak berguna, ia masih  boleh menjadi input untuk benda lain.  Contohnya najis ayam, ia memang tidak lagi berguna bagi ayam, tetapi ia bermanfaat untuk sistem tumbuhan sebagai sumber makanan, nitrogen dan sebagainya. Bagi kebanyakan penternak contohnya ayam, makanan ternakan merupakan salah satu perkara yang amat mustahak dan ia melibatkan kos yang tinggi. Tapi tahukan kita banyak mana sisa nasi/makan yang dibuang setiap hari dari kantin sekolah,restoran dan kedai makan? 





Setiap hari saya akan mendapatkan lebihan sisa nasi dari sebuah restoran berdekatan dengan pejabat saya untuk diberikan kepada ayam-ayam dirumah...Setiap hari rabu pula ade pasar malam, saya akan cuba dapatkan sisa sayur yg dibuang oleh peniaga. Jika dilihat, setiap hari ada pasar malam, dan setiap hari akan ada waste/sisa yang terpakai ini untuk dibuang.  Hari ni saya dapat banyak kobis yang diberikan secara percuma untuk ayam-ayam saya,. Sebenarnya Output-output ini menjadi hidangan lazat untuk ayam-ayam, ayam juga perlu sihat seperti manusia, makanan mereka perlu dijaga kualiti, supaya dagingnya juga berkualiti untuk kita nanti......Jika amalan seperti ini kita amalkan, banyak perkara yang dapat kita bantu untuk diselesaikan...lagipun semuanya Free..Inilah  closed loop cycle system...

Closed Loop recycling adalah satu proses penghasilan benda lain dimana sisa-sisa yang telah digunakan dikumpul, dikitar dan digunakan untuk membuat produk baru. Proses ini sangat mudah dan seringkas seperti menggunakan tin aluminium terpakai untuk menghasilkan tin aluminium yang baru. 

Dengan erti kata lain, tidak ada waste yang kita  dihasilkan. Semuanya ada mannfaat untuk benda/perkara lain...Kan ia sesuatu yang green dan menyelamatkan alam sekitar.?  Dulu saya suka bakar sampah bila potong rumput, sekarang rumput-rumput yang dipotong boleh dijadikan kompos yang akan digunakan bagi tanaman sayuran nanti...Cuba lihat cycle dibawah !

Padi > Beras > Nasi > Manusia Makan > Sisa > Makanan Ayam > Najis > Baja > Tanah > Sayur > Makanan Manusia > Sisa > Makanan Haiwan > Najis > Baja..

Jangan lupa komen lepas baca ! Tinggalkan maklumbalas/respon anda! Semoga mendapat manfaat bersama!



Saturday, 18 February 2017

Kenapa Permaculture , Off-Grid, Homesteading?


Pada akhir tahun 2013, Kuantan dan sebahagian tempat di negeri Pahang mengalami banjir besar. Sesuatu yang tidak terlintas. Ramai yang tidak bersedia. Tidak terkecuali saya adalah salah seorang mangsa banjir. Dalam rumah air sedalam 3 kaki. Ada rumah yang cuma tinggal atap, barang dalam rumah semua rosak, kenderaan, ternakan dan tanaman turut musnah. Sebahagian tempat terputus hubungan ,stok makanan terputus ke hypermarket, boleh dikatakan masing-masing yang sempat, membeli dengan jumlah yang banyak untuk diri dan keluarga sendiri. Sebahagian yang tidak prihatin, menjadi ‘selfish’ dan hanya firkirkan kepentingan diri. Namun ada juga yang prihatin, barang banyak dibeli untuk diagihkan kepada mereka yang tidak bernasib baik. Depan mata saya, dipusat penempatan mangsa banjir, satu keluarga boleh bergaduh dengan keluarga yang lain kerana semata-mata hendak meminjam lampin anak. Begitu keadaan apabila sebahagian besar masyarakat ditimpa darurat. Haru …Habis kisah banjir…


Apa yang nak saya dihighlightkan ialah, bagaimana suasana resah, susah, kacau,dan getir ketika itu menjadikan manusia hilang banyak pertimbangan, dek cuma kerana makanan. Ya, zaman ini boleh dikatakan semua kita orang-orang bandar ni bergantung dengan supply yang ada di pasaraya dan hyperuncit untuk membeli barangan keperluan harian. Kebanyakkan sumber/resources yang sampai kepada kita adalah dari satu dua punca utama. Cuba lihat balik, air,letrik,makanan kita?  Pernahkan Kita terbayang bagaimana jika ada satu masa nanti , kesemua bekalan utama seperti elektrik,air, makanan dan pengankutan terus terputus atau tidak boleh sampai ketempat kita? Ya ia kemungkinan besar boleh terjadi dan akan terjadi, Apakah yang akan terjadi pada waktu itu jika kita tidak bersedia. Panik? Sudah tentu...Dan pada ketika itu, hanya mereka yang ada ‘sumber-sumber’ akan boleh meneruskan kehidupan seperti biasa. Nanti kita cerita lebih lanjut kenapa dan bagaimana ia boleh terjadi?.( Klik untuk bacaan lanjut,bagaimana ia boleh terjadi)

Begitulah orang-orang dahulu meneruskan kehidupan mereka. Mereka boleh sustain dan bergantung dengan alam, dan kawasan sekitar mereka. Mereka menjaga alam, dan alam turut melimpahkan khidmat kepada mereka. Cuma bezanya ialah Permaculture adalah berteraskan kajian sains, pengalaman dan ilmu bagaimana merekabentuk kawasan kita melihat kepada sudut pandang yang lebih luas, bukan hanya aku nak tanam pokok ni kat sini dan bela kambing kat situ. Oleh sebab ia “Design”, ia merangkumi analisis, kajian , susunatur ,strategi untuk mendapat hasil yang optimum, serta membuat keputusan yang mengambil kira banyak kepentingan bukan hanya kepada diri sendiri, malah kepada alam dan komuniti.


Sampai disatu tahap, design yang dibina membuatkan kita tidak lagi perlu bergantung kepada duit. Elektrik boleh dijana sendri melalui air,matahari dan angin , air minum dari sumber sungai, hujan, kolam, mata air dan telaga, tanaman dan ternakan di sekeliling, tanah terus subur dengan pengairan dan pembajaan berterusan dari pohon dan ternakan, gas masakan dari biogas, komuniti saling membantu dan sebagainya. Hidup tanpa hutang...Bukankah ia satu Kebebasan? 

Saya suka perkataan ini,
"Kita sekarang bekerja, dapat duit, beli sumber untuk hidup...
Orang dulu bekerja untuk buat sumber....kedua-kedua mereka bekerja untuk hidup!"

Minat dengan tulisan, Jangan lupa tulis komen anda ya!

Wednesday, 15 February 2017

Bekerja dengan Alam, bukannya menentang Alam

“Banyaknya belalang , habis sayur-sayur yang ditanam dimakannya”. Beluncas, ulat, serangga, semut, siput adalah antara situasi yang perlu dihadapi bagi setiap mereka yang bertanam. Ia boleh mendatangkan kemarahan. Saya pernah mengutip siput-siput dan membaling keluar kerana habis daun-daun sayur rosak. Buntu dengan serangan belalang yang banyak. Perasaan ini boleh menyebabkan kita bosan, putus semangat untuk meneruskan usaha-usaha bertani. Jalan mudah, ambil racun dan sembur.




Namun etika dalam permaculture merubah pemikiran saya terhadap serangga-serangga ini. Kata seorang sahabat, jika 5 batang pokok tomato yang kita tanam, sebahagiannya dimakan serangga, kenapa tidak kita tanam 8 batang pokok. 3 pokok untuk makanan mereka. Kita sama-sama berkongsi makanan. Satu pendekatan yang sangat harmoni, dalam kitaran kehidupan, serangga juga memerlukan makanan sebagaimana manusia dan buah/daun adalah makanan mereka. Apa rasa kalau orang marah kita masa kita tengah makan sebab lapar? Mesti kita marah kerana ada orang menghalang hak kita untuk makan.

Menternak ayam adalah satu bentuk kawalan serangga secara ekologi. Ayam satu haiwan yang tak duduk diam dan selalu berjalan-jalan memagut mencari makan. Habis belalang-belakang dimakan, rumput pun dimakan sekali. Kalau dulu rumput selalu panjang, kini rumput-rumput panjang tak payah mesin habis dipijak ayam-ayam ni. Tahi ayam adalah baja organic yang tinggi kandungan nitrogen dan baik untuk pokok-pokok buahan. Lihat? Selain dari menghasilkan daging dan telur kepada kita, lihat bagaimana hubungan kita dengan haiwan bernama ayam dapat memberikan manfaat yang sangat banyak.


Saya mula belajar sesuatu dari ayam. Tahi ayam dikumpul dan dijadikan kompos. Sisa-sisa dari dapur boleh diberikan kepada ayam sebagai agen pencerna yang sangat baik. Perut ikan, betik busuk, lebihan nasi, sayur-sayur rosak semua boleh dimakan oleh ayam. Siput babi yang banyak juga antara makanan kegemaran ayam, saya dah takda masalah siput babi lagi dan saya suka kalau ada jumpa siput-siput ini kerana ia kegemaran ayam, satu sumber protein yang bagus.
Plastik jimat, Alam flora kurang kerja, alam lebih sejahtera, tahi jadi baja dan diguna balik untuk tanam sayur. Tapi harus ingat, ayam juga boleh mendatangkan masalah kepada kita jika tidak dikawal dengan baik. Pokok sayuran boleh rosak dimakan oleh mereka. Mereka Cuma tahu makan sahaja. Apabila kita faham bagaimana kitaran alam berfungsi, banyak perkara yang dapat kita manfaatnya. Cuba bayangkan, sebanyak mana benda yang kita membazir seharian daripada dapur rumah kita hari ini yang kita terus buang kedalam tong sampah?


Monday, 13 February 2017

Alam memberikan contoh terbaik pertanian yang mapan : Kepelbagaian / Diversiti

Pernah kita lihat keadaan ciptaan pohon-pohon disekeliling disekeliling kita? Banyak perkara yang boleh kita pelajari, cuma perlu merenung kenapa tuhan jadikan ia sedemikian rupa kerana disebalik setiap kejadian itu pasti ada sebab dan hikmahnya. 

Satu hari dalam perjalanan menghantar anak kesekolah, melalui tali air yang penuh dengan sampah. Air-air longkang dan kumbahan dari rumah-rumah disalirkan terus, tetapi ia menjadi satu habitat yang baik bagi sejenis tumbuhan seperti keladi, teratai dan kiambang. Penuh, sampai tak nampak air. ( Kalau nampak air, mesti hitam dan kotor kan? ) Kenapa ya? That's how alam menjaga kita.

Permaculture adalah satu konsep pertanian yang mengambil kira banyak aspek yang diambil daripada kejadian alam semulajadi. Lihat hutan belukar yang ada ditempat kita, dulu saya melihat ia sebagai satu tempat semak samun yang tak terjaga, tapi sekarang saya melihat ia sebagai satu tempat yang sangat subur. Kenapa? Kalau tidak subur masakan ia boleh tumbuh sebegitu rupa? Mesti ada sesuatu yang menjadikan tanah disitu subur.

Cuba perhatikan lebih terperinci apakah jenis-jenis tumbuhan yang tumbuh disitu. Ia terdiri daripada pohon atau pokok-pokok besar, pohon renek, tanaman menjalar, tutup bumi, rumput rampai, bunga-bunga, kulat cendawan, kayu-kayu mereput, lopak air, dan pelbagai tumbuhan ‘liar’. Tumbuhan-tumbuhan ini mampu bertahan lama tanpa ada orang yang membaja dan menyiramnya. Ia cukup makan dan membiak dengan baik. Kepelbagaian tumbuhan ini bukan sahaja baik untuk tanah, ia juga menarik pelbagai spesis haiwan dan serangga untuk bergantung kepadanya, sebagai tempat untuk berteduh dan bersarang. Serangga dan haiwan ini menjadi agen kepada pendebungaan dan ia melengkapkan kitaran ekosistem yang seimbang. “Nature take care of it”. Pelbagai spesis yang ada di tempat yang kita kata semak-samun itu sebenarnya mempunyai diversity atau kepelbagaian yang saling bergantung dan memberi manfaat antara satu sama lain.


Begitulah hebatnya ciptaan tuhan, Dia telah mengajarkan kita satu sampel design yang perfect untuk ditiru, satu model yang sustainable. satu model yang harus kita contohi dalam pertanian agar dapat mengoptimumkan penghasilan disamping mengekalkan keseimbangan alam secara alami. Apakah kita mengambil manfaat darinya? Saya melihat permaculture adalah jawapannya,


tapi penerangan ringkas yang saya berikan ini adalah sebahagian daripada topik-topik permaculture yang lebih luas dan holistik seperti contohnya, penjanaan tenaga, pengumpulan dan pengurusan air hujan, memahami patern dalam alam semulajadi, pohon-pohon dan transaksi tenaga, pengurusan tanah, hidrologi dan akuakultur, perhutanan, sistem haiwan, technologi, kawalan serangga secara ekologi, ternakan, kitar-semula, pengurusan sisa dan kompos, etika pertanian, strategi rekabentuk tanah dan kontur, pengeluaran makanan organic, pembangunan komuniti,keluarga dan sebagainya. Dalam tulisan yang akan datang saya akan cuba terangkan konsep, kenapa permaculture harus menjadi pilihan sebagai gaya hidup yang mapan/sustainable pada masa akan datang.


Berminat dengan bacaan? Jangan lupa tinggalkan komen anda!

Sunday, 12 February 2017

Tanam & Ternak : Masa yang ditinggalkan

Banyak masa yang kita sia-siakan. Hari berganti minggu,minggu berganti bulan, dan berganti tahun. Saya cuma berkongsi tentang rasa kerugian masa yang berlalu tanpa kita melakukan sesuatu untuk tanah.
Sejak terinspirasi dengan terma homestead dan permaculture, saya rasa sakit hati melihat tanah kosong yang tidak diapa-apakan. Sejak pada hari tu, pelan nak bela ayam setahun yang lepas dihangatkan kembali. Satu ayat yang selalu bermain di minda saya ialah "  Let's grow with us " , mari membesar bersama-sama kami. Maknanya, sambil-sambil kita menikmati hidup bersama keluarga, dalam masa yang sama ada benda yang turut membesar bersama-sama kita, sayur,pokok,itik,ikan dan sebagainya...tak rugikan?


Reban Ayam - Membuat reban bersama anak-anak memang satu aktiviti yang menyeronokkan. Banyak perkara yang boleh kita kongsikan bersama mereka. Kita menukul mereka pun nak menukul sama, mereka melihat kita menggaris menanda kayu dan mengergaji, mereka sebenarnya memerhati dan berfikir tentang apa yang kita  nak buat. Saya suka buat aktivti bersama anak-anak, walaupun aktiviti orang dewasa, tapi masa yang kita gunakan untuk siapkan projek kita tu, kita gunakan sebagai kelas untuk ajar anak-anak. Gunakan bahasa mudah dan ringkas,mengapa dan kenapa kita buat benda ni. Ia adalah satu pelajaran yang tidak sekali diajar didalam kelas. Menukul, memaku, menanda adalah perkara yang mengasah motor skil anak-anak. Orang-orang tua selalu marah bila tengok anak-anak bermain alatan-alatan ni, katanya bahaya, anak-anak selalu ditinggi suara dan dimarah. Kita tukar persepsi tu, jadikan ia selamat. Kita tak tension marah-marah dan anak-anak happy sebab diberi ruang untuk explore perkara baru. Bagi saya, reban ayam adalah satu projek ringkas yang saya rasa banyak mengajar anak-anak saya tentang alam dan bagaimana makanan yang kita makan datang.



Ayam - 4 Bulan telah berlalu, and they grow with us...kini anak-anak ayam kampung yang dibeli semuanya dah dewasa. 3 dah pun disembelih dengan bantuan anak-anak. Ia umpama pelaburan yang dibuat. Beli cuma RM3 seekor dan ayam kampung organik sekarang harganya berapa? Saya suka experimen ini kerana, kita tahu apa yang kita beri makan kepada ayam-ayam kita. Ayam lebih sihat, takde cucuk, mereka dibiarkan dengan habitat dan cara hidup mereka sendiri.Banyak yang kita pelajari, maklumlah orang bandar katakan. Mula-mula kawasan rumah banyak belalang yang menjadi musuh kepada tanaman yang ditanam. Ayam ini jadi sebagai biocontrol dan mengawal jumlah belalang. 3 ekor dah disembelih..ajak anak-anak tengok proses makanan dihasilkan, dari awal hinggalah ke dalam periuk masak. Banyakkan benda yang mereka akan belajar? Dan saya baru ingat balik, ayam adalah haiwan ommivor....berapa banyak hasil dari dapur kita yang tak dipakai boleh diberi kepada ayam.


  

Seeding Pot & Pasu Kosong - Memang kekok kita orang bandar mula nak bertanam. Tapi kalau tak buat sampai bila-bila pun akan kekok. Dalam industri pertanian yang kita tahu semuanya berorientasikan keuntungan. Pelbagai cara akan dibuat untuk meningkatkan hasil termasuk penggunaan baja kimia,racun kimia dan pelbagai lagi racun yang boleh memudaratkan badan. Mungkin bukan hari ini, tapi kesannya mungkin pada tahun-tahun mendatang. Tidak hairanlah pelbagai penyakit pelik-pelik timbul sekarang, anak-anak dah ada penyakit yang tak pernah kita dengan sebelum ini. Atas kesedaran itu, kami mula menanam. Dan hari-hari berlalu memang seronok dapat melihat they grow with us. Lebih puas hati lagi bila boleh merasa hasil tanaman sendiri. Dan sekali lagi, kita tahu apa yang kita berikan kepada tumbuhan ni, baja organik dan kompos hasil dari 'kitchen scrap' atau bahan buangan dari dapur. Satu lagi konsep permaculture yang menarik minat kami sekeluarga ialah, bahan yang kita anggap tak berguna untuk kita, tidak semestinya tidak berguna kepada benda lain. Bahasa sainsnya, output daripada kita, boleh jadi input kepada hidupan lain.

Permaculture dan Monoculture

Permaculture atau permakultur adalah satu istilah yang mungkin masih asing lagi bagi sebahagian besar masyarakat kita. Ya, Ia amat rapat dengan pertanian. Tapi ia bukan pertanian yang kita rata-rata faham seperti pelbagai sistem konvensional seperti fertigasi, hidroponik,aquafonik,dan lain-lain.Dalam tulisan ini saya akan menceritakan serba ringkas, dari kefahaman dan perspektif saya

Permaculture datang dari 2 perkataan iaitu, "Permanent" + "Agriculture", iaitu kekal/mapan + pertanian. Ia adalah satu sistem yang sangat holistik dan menyeluruh dan mempunyai sistem "closed loop" atau sistem tertutup. Bagaimana alam melakukannya begitulah kita perlu lakukannya. Bertani secara semulajadi yang mungkin. Mula-mula kita bercerita tentang tanaman sejenis atau policulture.

Monoculture

Dalam pertanian moden/agrobisnes yang biasa kita lihat ialah sejenis tanaman(monoculture) akan ditanam dalam satu plot tanah. Misalnya 1 ekar pertanian jagung. Setiap tumbuhan akan menyerap nutrien dalam tanah, contohnya jagung menyerap nutrien A, maka dalam 1 ekar tanah itu kehilangan nutrien A akan berlaku dengan sangat banyak sehingga tiada lagi nutrien A dalam tanah. Maka, terpaksa ditampung dengan baja kimia. Kehilangan nutrien A akan menyebabkan tanah disitu tidak lagi seimbang dan perlu dirawat jika hendak digunakan lagi. Sebab itu dulu kita pernah dengan tentang sistem tanaman selingan..Habis satu cerita...


Setiap tanaman mesti ada perosak. Dalam kes jagung misalnya ulat penggorek batang, dan kepinding. Bayangkan ia menyerang 1 ekar jagung. Bukan di tanah 1 ekar sahaja, tapi juga merosakkan tanaman/kebun-kebun orang lain yang ada sekitar. Ekologi dan rantain makanan  di kawasan itu tidak lagi seimbang kerana perosak terlalu banyak. Habis dua cerita.


Bila serangga dah merosakkan tanaman, maka terpaksa pekebun mencari racun untuk membasmi, racun kimia digunakan.Bayangkan, orang yang meracun memakai topeng keselamatan, apatah lagi kita yang hendak makan buah yang diracun. Satu generasi perosak dah pupus, akan datang lagi generasi perosak yang lebih kuat, maka racun yang lebih kuat perlu digunakan. Begitulah keadaan, sehingga buah yang dihasilkan rosak,merosakkan manusia dan ekologi dikawasan berkenaan tidak lagi  seimbang. Sebab itu kita lihat,sebelum pokok-pokok baru ditanam, tanah perlu dirawat dalam satu tempoh masa. Kerana apa? kerana tanah sudak rosak dan tidak lagi subur. Habis tiga cerita.

Hasil dalam pertanian monoculture memang tinggi kerana ia memang berorientasikan keuntungan. Tapi sedarkah kita, tanah yang dipulun hari ni sebenarnya juga milik generasi kita yang seterusnya. Soil degradation atau kerosakan tanah yang berlaku amat sukar untuk dipulihkan malah disesetengah tempat tanah yang rosak dijual dengan harga murah malah ada tidak pembeli pun.

Untuk kita fikir bersama.
Tanaman seperti juga manusia, tuhan menciptakan dengan pelbagai bangsa dengan kelebihan-kelebihan tersendiri dan saling bergantung antara satu sama lain. Seorang anak perlu bergantung kepada ibum guru dan ahli masyarakat yang lain kerana masing-masing akan melengkapkan antara satu dan lain. Tumbuhan juga begitu, Dikala jenis tumbuhan menyerap nutrien A, ada sejenis tumbuhan lain membekalkan nutrien A kepada tanah. inilah yang dikatakan pertanian holistik, tanah akan sentiasa baik dan kekal subur walau selama mana kita bercucuk tanam. Manakala sejenis tumbuhan yang lain pula bertindak sebagai penghalau serangga, maka apakah perlu lagi kepada racun kimia? - Think BioDiversity

Jangan Lupa, Tinggalkan komen anda!


Herbal Healing: The Alternative to Modern Medicine's Downfall

Discover the Benefits of Incorporating Herbs into Your Daily Routine to Achieve Optimal Health In today's world, people are dying young ...