Sunday, 12 February 2017

Permaculture dan Monoculture

Permaculture atau permakultur adalah satu istilah yang mungkin masih asing lagi bagi sebahagian besar masyarakat kita. Ya, Ia amat rapat dengan pertanian. Tapi ia bukan pertanian yang kita rata-rata faham seperti pelbagai sistem konvensional seperti fertigasi, hidroponik,aquafonik,dan lain-lain.Dalam tulisan ini saya akan menceritakan serba ringkas, dari kefahaman dan perspektif saya

Permaculture datang dari 2 perkataan iaitu, "Permanent" + "Agriculture", iaitu kekal/mapan + pertanian. Ia adalah satu sistem yang sangat holistik dan menyeluruh dan mempunyai sistem "closed loop" atau sistem tertutup. Bagaimana alam melakukannya begitulah kita perlu lakukannya. Bertani secara semulajadi yang mungkin. Mula-mula kita bercerita tentang tanaman sejenis atau policulture.

Monoculture

Dalam pertanian moden/agrobisnes yang biasa kita lihat ialah sejenis tanaman(monoculture) akan ditanam dalam satu plot tanah. Misalnya 1 ekar pertanian jagung. Setiap tumbuhan akan menyerap nutrien dalam tanah, contohnya jagung menyerap nutrien A, maka dalam 1 ekar tanah itu kehilangan nutrien A akan berlaku dengan sangat banyak sehingga tiada lagi nutrien A dalam tanah. Maka, terpaksa ditampung dengan baja kimia. Kehilangan nutrien A akan menyebabkan tanah disitu tidak lagi seimbang dan perlu dirawat jika hendak digunakan lagi. Sebab itu dulu kita pernah dengan tentang sistem tanaman selingan..Habis satu cerita...


Setiap tanaman mesti ada perosak. Dalam kes jagung misalnya ulat penggorek batang, dan kepinding. Bayangkan ia menyerang 1 ekar jagung. Bukan di tanah 1 ekar sahaja, tapi juga merosakkan tanaman/kebun-kebun orang lain yang ada sekitar. Ekologi dan rantain makanan  di kawasan itu tidak lagi seimbang kerana perosak terlalu banyak. Habis dua cerita.


Bila serangga dah merosakkan tanaman, maka terpaksa pekebun mencari racun untuk membasmi, racun kimia digunakan.Bayangkan, orang yang meracun memakai topeng keselamatan, apatah lagi kita yang hendak makan buah yang diracun. Satu generasi perosak dah pupus, akan datang lagi generasi perosak yang lebih kuat, maka racun yang lebih kuat perlu digunakan. Begitulah keadaan, sehingga buah yang dihasilkan rosak,merosakkan manusia dan ekologi dikawasan berkenaan tidak lagi  seimbang. Sebab itu kita lihat,sebelum pokok-pokok baru ditanam, tanah perlu dirawat dalam satu tempoh masa. Kerana apa? kerana tanah sudak rosak dan tidak lagi subur. Habis tiga cerita.

Hasil dalam pertanian monoculture memang tinggi kerana ia memang berorientasikan keuntungan. Tapi sedarkah kita, tanah yang dipulun hari ni sebenarnya juga milik generasi kita yang seterusnya. Soil degradation atau kerosakan tanah yang berlaku amat sukar untuk dipulihkan malah disesetengah tempat tanah yang rosak dijual dengan harga murah malah ada tidak pembeli pun.

Untuk kita fikir bersama.
Tanaman seperti juga manusia, tuhan menciptakan dengan pelbagai bangsa dengan kelebihan-kelebihan tersendiri dan saling bergantung antara satu sama lain. Seorang anak perlu bergantung kepada ibum guru dan ahli masyarakat yang lain kerana masing-masing akan melengkapkan antara satu dan lain. Tumbuhan juga begitu, Dikala jenis tumbuhan menyerap nutrien A, ada sejenis tumbuhan lain membekalkan nutrien A kepada tanah. inilah yang dikatakan pertanian holistik, tanah akan sentiasa baik dan kekal subur walau selama mana kita bercucuk tanam. Manakala sejenis tumbuhan yang lain pula bertindak sebagai penghalau serangga, maka apakah perlu lagi kepada racun kimia? - Think BioDiversity

Jangan Lupa, Tinggalkan komen anda!


2 comments:

Herbal Healing: The Alternative to Modern Medicine's Downfall

Discover the Benefits of Incorporating Herbs into Your Daily Routine to Achieve Optimal Health In today's world, people are dying young ...