Sunday, 13 August 2017

Maksud Permaculture yang meluas!

Definisi yang mencakupi maksud yang luas : PERMACULTURE

Permaculture( permanent + agriculture) adalah satu sistem yang mempraktiskan penggabungan pelbagai elemen-elemen dalam  alam ini seperti tanah,sumber,manusia dan persekitaran kedalam satu bentuk sistem yang saling memberi manfaat antara satu samalain, tidak hasilkan pembaziran dan dalam sistem kitaran tertutup(closed-looped) seperti mana yang kita lihat di alam secara semulajadi.

Permaculture adalah satu cara yang  ada penyelesaian  holistik serta amat sesuai untuk diaplikasi samada kita berada di kampung, di bandar atau dimana-mana keadaan dan skala, Tidak hanya terhad kepada pertanian dan bercucuk tanam sahaja, ia juga boleh diterap dan juga berkait dengan masalah-masalah semasa yang berlaku termasuklah pertanian, perhutanan, pengumpulan dan pengurusan air, tenaga baru, cara pembinaan bangunan yang sustainable, pengurusan sisa, sistem haiwan dan ternakan ,ekonomi-sosial-kekeluargaan, teknologi dan pembangunan komuniti.

Ia adalah cara yang paling praktikal dimana pelbagai sumber yang ada dan ekosistem semulajadi ini kita gabungkan untuk kita mendapatkan keperluan makanan, tenaga, tempat berteduh and keperluan lain didalam bentuk yang mampan/berdaya tahan/sustainable dengan cara yang tidak merosakkan  bumi ataupun hidupan lain.


Falsafahnya mudah, dalam permaculture kita bekerja mengikut pattern, perhatidan lihat bagaimana alam melakukannya, bukannya melawan(seperti mana kebanyakkan sistem yang ada kini). Dalam permaculture, kita akan mengambil kira secara terperinci bagaimana nak menjadikan satu kawasan/ruang itu supaya mempunyai pelbagai fungsi yang boleh dimanfaatkan untuk kebaikan semua benda yang ada di dalam dan sekitar kawasan itu, interaksi hidupan seperti tumbuhan,haiwan,manusia,tanah,sungai/air dan macam-macam lagi amat penting untuk keseimbangan. Bukannya hanya menyediakan satu jenis tanaman sahaja untuk keperluan kita sahaja kerana alam dan tempat itu,bukan  dijadikan untuk kita sahaja..Disana akan terdapat, serangga, beburung, dan bermacam lagi yang turut bergantung dengan sumber yang kita hasilkan..sharing is caring bukan?



No comments:

Post a Comment

Herbal Healing: The Alternative to Modern Medicine's Downfall

Discover the Benefits of Incorporating Herbs into Your Daily Routine to Achieve Optimal Health In today's world, people are dying young ...