weareallfarmers.org |
Sepanjang saya bekerja, saya mencari
apa tujuan kerjaya saya, dan apa yang saya mahu untuk diri dan keluarga.
Keadaan ekonomi yang makin tahun makin meruncing, dengan harga barang makanan
yang semakin mahal, membuatkan saya berfikir yang kita tak boleh lagi
bergantung kepada keadaan semasa untuk mendapat kualiti hidup yang baik. Keselamatan makanan mula menjadi kerisauan
bagi kami sekeluarga. Saya mula menamam sayur-sayur untuk keperluan sendiri.
Anak-anak di ajak untuk bersama-sama dalam setiap aktiviti berkebun dan mereka
sangat suka dengan suasana hidup di luar rumah. Banyak benda-benda di rumah
kami mula belajar buat sendiri,dari makanan,perabot dan membaiki alatan-alatan
yang rosak.
Saya baru mengenali permaculture
pada setahun yang lepas. Kami banyak
membaca pasal homesteading dan menghadiri kursus pengenalan kepada permaculture
untuk mendapat inspirasi bagaimana nak mulakan permaculture site sendiri. Kami
mula menternak ayam dan puyuh, buat nursery tanaman, raised bed dan compost.
Walau dengan kawasan yang terhad, kami perlu mulakan sesuatu untuk mencapai
satu impian yang lebih besar.
PDC akan diadakan pada 13 May
2017 dan saya mesti menghadirkan diri.PDC pada kali iniakan dipimpin oleh
Murujan.com iaitu Salah Hammad, murid kepada Geoff Lawton. Dengan adanya PDC
nanti, Saya tidak mahu berhenti disini. Kami ada ½ ekar tanah yang akan
dibangunkan dengan prisip permaculture
sepenuhnya.Saya yakin inilah cara hidup yang kami sekeluarga inginkan. Sekarang, kami
sedang siapkan rumah kampung dan lakaran kasar susunatur zon-zon permaculture dan akan disempurnakan bila saya
ada PDC nanti. Sebahagian besar kewangan saya difokuskan untuk menyiapkan rumah
yang dijangka siap pada May ini.
Permaculture adalah satu konsep serta
sistem pertanian dan gaya hidup yang holistik yang mesti diketahui oleh semua
orang dan saya harap saya boleh menjadi pemangkin kepada mereka.Dalam
permaculture kita percaya alam mempunyai cara terbaik dalam menjaga
keseimbangannya. Bantu saya untuk
menjadi sebahagian daripada keluarga PDC. Terima Kasih dan sayang anda semua!
Tahniah ! Saya baru tahu tentang nama ni, rasanya arwah nenek dan atuk sy dulu mmg menjalani hidup berkonsepkan permaculture ni dan masih ada lagi datuk saudara sy yg sudah berusia tapi sgt sihat dan kuat menjalankn kehidupan sebegini. cuma masa dulu xde nama permaculture.
ReplyDeletebetul...tuorang2 dulu hidup mereka simple dan tak sekompleks masyarakat sekarang.
Delete