Aktiviti manusia atas muka bumi ini telah menghasilkan pelbagai kerosakan & kesengsaraan terhadap alam dan bumi ni, laut semakin tercemar dan berasid,lapisan ozon yang semakin menipis dan kehilangan pelbagai khazanah alam(biodiversity). Zaman kita ni, adalah zaman dimana kita diajar = untuk 'membangunkan' sistem pertanian berasaskan industri dan keuntungan semata-mata. Dimana sebenarnya tanpa sedar kita membantu membangun sistem pertanian yang sangat-sangat merosakkan alam - ini diamalkan di seluruh dunia.

Soil Degradation/Kualiti tanah yang kian merosot - adalah satu masalah yang paling besar kini. Cara pertanian yang digunakan sekarang menyumbang kepada hakisan, kerosakkan hidupan dalam tanah, dan kesuburan tanah yang makin rosak. Ianya sudah pasti menggangu sistem ekologi alam secara keseluruhan dimana kita dan orang-orang tua kita dahulu bergantung sepenuhnya kepada alam.

No comments:
Post a Comment