Saturday, 18 February 2017

Kenapa Permaculture , Off-Grid, Homesteading?


Pada akhir tahun 2013, Kuantan dan sebahagian tempat di negeri Pahang mengalami banjir besar. Sesuatu yang tidak terlintas. Ramai yang tidak bersedia. Tidak terkecuali saya adalah salah seorang mangsa banjir. Dalam rumah air sedalam 3 kaki. Ada rumah yang cuma tinggal atap, barang dalam rumah semua rosak, kenderaan, ternakan dan tanaman turut musnah. Sebahagian tempat terputus hubungan ,stok makanan terputus ke hypermarket, boleh dikatakan masing-masing yang sempat, membeli dengan jumlah yang banyak untuk diri dan keluarga sendiri. Sebahagian yang tidak prihatin, menjadi ‘selfish’ dan hanya firkirkan kepentingan diri. Namun ada juga yang prihatin, barang banyak dibeli untuk diagihkan kepada mereka yang tidak bernasib baik. Depan mata saya, dipusat penempatan mangsa banjir, satu keluarga boleh bergaduh dengan keluarga yang lain kerana semata-mata hendak meminjam lampin anak. Begitu keadaan apabila sebahagian besar masyarakat ditimpa darurat. Haru …Habis kisah banjir…


Apa yang nak saya dihighlightkan ialah, bagaimana suasana resah, susah, kacau,dan getir ketika itu menjadikan manusia hilang banyak pertimbangan, dek cuma kerana makanan. Ya, zaman ini boleh dikatakan semua kita orang-orang bandar ni bergantung dengan supply yang ada di pasaraya dan hyperuncit untuk membeli barangan keperluan harian. Kebanyakkan sumber/resources yang sampai kepada kita adalah dari satu dua punca utama. Cuba lihat balik, air,letrik,makanan kita?  Pernahkan Kita terbayang bagaimana jika ada satu masa nanti , kesemua bekalan utama seperti elektrik,air, makanan dan pengankutan terus terputus atau tidak boleh sampai ketempat kita? Ya ia kemungkinan besar boleh terjadi dan akan terjadi, Apakah yang akan terjadi pada waktu itu jika kita tidak bersedia. Panik? Sudah tentu...Dan pada ketika itu, hanya mereka yang ada ‘sumber-sumber’ akan boleh meneruskan kehidupan seperti biasa. Nanti kita cerita lebih lanjut kenapa dan bagaimana ia boleh terjadi?.( Klik untuk bacaan lanjut,bagaimana ia boleh terjadi)

Begitulah orang-orang dahulu meneruskan kehidupan mereka. Mereka boleh sustain dan bergantung dengan alam, dan kawasan sekitar mereka. Mereka menjaga alam, dan alam turut melimpahkan khidmat kepada mereka. Cuma bezanya ialah Permaculture adalah berteraskan kajian sains, pengalaman dan ilmu bagaimana merekabentuk kawasan kita melihat kepada sudut pandang yang lebih luas, bukan hanya aku nak tanam pokok ni kat sini dan bela kambing kat situ. Oleh sebab ia “Design”, ia merangkumi analisis, kajian , susunatur ,strategi untuk mendapat hasil yang optimum, serta membuat keputusan yang mengambil kira banyak kepentingan bukan hanya kepada diri sendiri, malah kepada alam dan komuniti.


Sampai disatu tahap, design yang dibina membuatkan kita tidak lagi perlu bergantung kepada duit. Elektrik boleh dijana sendri melalui air,matahari dan angin , air minum dari sumber sungai, hujan, kolam, mata air dan telaga, tanaman dan ternakan di sekeliling, tanah terus subur dengan pengairan dan pembajaan berterusan dari pohon dan ternakan, gas masakan dari biogas, komuniti saling membantu dan sebagainya. Hidup tanpa hutang...Bukankah ia satu Kebebasan? 

Saya suka perkataan ini,
"Kita sekarang bekerja, dapat duit, beli sumber untuk hidup...
Orang dulu bekerja untuk buat sumber....kedua-kedua mereka bekerja untuk hidup!"

Minat dengan tulisan, Jangan lupa tulis komen anda ya!

2 comments:

Herbal Healing: The Alternative to Modern Medicine's Downfall

Discover the Benefits of Incorporating Herbs into Your Daily Routine to Achieve Optimal Health In today's world, people are dying young ...