Pernah kita lihat keadaan ciptaan pohon-pohon disekeliling disekeliling
kita? Banyak perkara yang boleh kita pelajari, cuma perlu merenung kenapa tuhan
jadikan ia sedemikian rupa kerana disebalik setiap kejadian itu pasti ada sebab
dan hikmahnya.
Satu hari dalam perjalanan menghantar anak kesekolah, melalui
tali air yang penuh dengan sampah. Air-air longkang dan kumbahan dari
rumah-rumah disalirkan terus, tetapi ia menjadi satu habitat yang baik bagi
sejenis tumbuhan seperti keladi, teratai dan kiambang. Penuh, sampai tak nampak air. ( Kalau nampak air, mesti hitam dan kotor kan? ) Kenapa ya? That's how alam menjaga kita.
Permaculture
adalah satu konsep pertanian yang mengambil kira banyak aspek yang diambil
daripada kejadian alam semulajadi. Lihat hutan belukar yang ada ditempat kita,
dulu saya melihat ia sebagai satu tempat semak samun yang tak terjaga, tapi
sekarang saya melihat ia sebagai satu tempat yang sangat subur. Kenapa? Kalau
tidak subur masakan ia boleh tumbuh sebegitu rupa? Mesti ada sesuatu yang
menjadikan tanah disitu subur.
Cuba perhatikan lebih terperinci apakah jenis-jenis tumbuhan yang
tumbuh disitu. Ia terdiri daripada pohon atau pokok-pokok besar, pohon renek,
tanaman menjalar, tutup bumi, rumput rampai, bunga-bunga, kulat cendawan,
kayu-kayu mereput, lopak air, dan pelbagai tumbuhan ‘liar’. Tumbuhan-tumbuhan
ini mampu bertahan lama tanpa ada orang yang membaja dan menyiramnya. Ia cukup
makan dan membiak dengan baik. Kepelbagaian tumbuhan ini bukan sahaja baik
untuk tanah, ia juga menarik pelbagai spesis haiwan dan serangga untuk bergantung
kepadanya, sebagai tempat untuk berteduh dan bersarang. Serangga dan haiwan ini
menjadi agen kepada pendebungaan dan ia melengkapkan kitaran ekosistem yang
seimbang. “Nature take care of it”. Pelbagai spesis yang ada di tempat yang
kita kata semak-samun itu sebenarnya mempunyai diversity atau kepelbagaian yang
saling bergantung dan memberi manfaat antara satu sama lain.
Begitulah hebatnya ciptaan tuhan, Dia telah mengajarkan kita satu
sampel design yang perfect untuk ditiru, satu model yang sustainable. satu
model yang harus kita contohi dalam pertanian agar dapat mengoptimumkan
penghasilan disamping mengekalkan keseimbangan alam secara alami. Apakah kita
mengambil manfaat darinya? Saya melihat permaculture adalah jawapannya,
tapi
penerangan ringkas yang saya berikan ini adalah sebahagian daripada topik-topik
permaculture yang lebih luas dan holistik seperti contohnya, penjanaan tenaga,
pengumpulan dan pengurusan air hujan, memahami patern dalam alam semulajadi,
pohon-pohon dan transaksi tenaga, pengurusan tanah, hidrologi dan akuakultur, perhutanan,
sistem haiwan, technologi, kawalan serangga secara ekologi, ternakan,
kitar-semula, pengurusan sisa dan kompos, etika pertanian, strategi rekabentuk
tanah dan kontur, pengeluaran makanan organic, pembangunan komuniti,keluarga dan
sebagainya. Dalam tulisan yang akan datang saya akan cuba terangkan konsep,
kenapa permaculture harus menjadi pilihan sebagai gaya hidup yang
mapan/sustainable pada masa akan datang.
Berminat dengan bacaan? Jangan lupa tinggalkan komen anda!
Penulisan yg bagus, informative, & sangat memberansangkan...tahniah...!! & teruskan usaha murni anda.... :)
ReplyDelete