Sejak terinspirasi dengan terma homestead dan permaculture, saya rasa sakit hati melihat tanah kosong yang tidak diapa-apakan. Sejak pada hari tu, pelan nak bela ayam setahun yang lepas dihangatkan kembali. Satu ayat yang selalu bermain di minda saya ialah " Let's grow with us " , mari membesar bersama-sama kami. Maknanya, sambil-sambil kita menikmati hidup bersama keluarga, dalam masa yang sama ada benda yang turut membesar bersama-sama kita, sayur,pokok,itik,ikan dan sebagainya...tak rugikan?
Reban Ayam - Membuat reban bersama anak-anak memang satu aktiviti yang menyeronokkan. Banyak perkara yang boleh kita kongsikan bersama mereka. Kita menukul mereka pun nak menukul sama, mereka melihat kita menggaris menanda kayu dan mengergaji, mereka sebenarnya memerhati dan berfikir tentang apa yang kita nak buat. Saya suka buat aktivti bersama anak-anak, walaupun aktiviti orang dewasa, tapi masa yang kita gunakan untuk siapkan projek kita tu, kita gunakan sebagai kelas untuk ajar anak-anak. Gunakan bahasa mudah dan ringkas,mengapa dan kenapa kita buat benda ni. Ia adalah satu pelajaran yang tidak sekali diajar didalam kelas. Menukul, memaku, menanda adalah perkara yang mengasah motor skil anak-anak. Orang-orang tua selalu marah bila tengok anak-anak bermain alatan-alatan ni, katanya bahaya, anak-anak selalu ditinggi suara dan dimarah. Kita tukar persepsi tu, jadikan ia selamat. Kita tak tension marah-marah dan anak-anak happy sebab diberi ruang untuk explore perkara baru. Bagi saya, reban ayam adalah satu projek ringkas yang saya rasa banyak mengajar anak-anak saya tentang alam dan bagaimana makanan yang kita makan datang.
Ayam - 4 Bulan telah berlalu, and they grow with us...kini anak-anak ayam kampung yang dibeli semuanya dah dewasa. 3 dah pun disembelih dengan bantuan anak-anak. Ia umpama pelaburan yang dibuat. Beli cuma RM3 seekor dan ayam kampung organik sekarang harganya berapa? Saya suka experimen ini kerana, kita tahu apa yang kita beri makan kepada ayam-ayam kita. Ayam lebih sihat, takde cucuk, mereka dibiarkan dengan habitat dan cara hidup mereka sendiri.Banyak yang kita pelajari, maklumlah orang bandar katakan. Mula-mula kawasan rumah banyak belalang yang menjadi musuh kepada tanaman yang ditanam. Ayam ini jadi sebagai biocontrol dan mengawal jumlah belalang. 3 ekor dah disembelih..ajak anak-anak tengok proses makanan dihasilkan, dari awal hinggalah ke dalam periuk masak. Banyakkan benda yang mereka akan belajar? Dan saya baru ingat balik, ayam adalah haiwan ommivor....berapa banyak hasil dari dapur kita yang tak dipakai boleh diberi kepada ayam.
Seeding Pot & Pasu Kosong - Memang kekok kita orang bandar mula nak bertanam. Tapi kalau tak buat sampai bila-bila pun akan kekok. Dalam industri pertanian yang kita tahu semuanya berorientasikan keuntungan. Pelbagai cara akan dibuat untuk meningkatkan hasil termasuk penggunaan baja kimia,racun kimia dan pelbagai lagi racun yang boleh memudaratkan badan. Mungkin bukan hari ini, tapi kesannya mungkin pada tahun-tahun mendatang. Tidak hairanlah pelbagai penyakit pelik-pelik timbul sekarang, anak-anak dah ada penyakit yang tak pernah kita dengan sebelum ini. Atas kesedaran itu, kami mula menanam. Dan hari-hari berlalu memang seronok dapat melihat they grow with us. Lebih puas hati lagi bila boleh merasa hasil tanaman sendiri. Dan sekali lagi, kita tahu apa yang kita berikan kepada tumbuhan ni, baja organik dan kompos hasil dari 'kitchen scrap' atau bahan buangan dari dapur. Satu lagi konsep permaculture yang menarik minat kami sekeluarga ialah, bahan yang kita anggap tak berguna untuk kita, tidak semestinya tidak berguna kepada benda lain. Bahasa sainsnya, output daripada kita, boleh jadi input kepada hidupan lain.
No comments:
Post a Comment