Wednesday, 15 February 2017

Bekerja dengan Alam, bukannya menentang Alam

“Banyaknya belalang , habis sayur-sayur yang ditanam dimakannya”. Beluncas, ulat, serangga, semut, siput adalah antara situasi yang perlu dihadapi bagi setiap mereka yang bertanam. Ia boleh mendatangkan kemarahan. Saya pernah mengutip siput-siput dan membaling keluar kerana habis daun-daun sayur rosak. Buntu dengan serangan belalang yang banyak. Perasaan ini boleh menyebabkan kita bosan, putus semangat untuk meneruskan usaha-usaha bertani. Jalan mudah, ambil racun dan sembur.




Namun etika dalam permaculture merubah pemikiran saya terhadap serangga-serangga ini. Kata seorang sahabat, jika 5 batang pokok tomato yang kita tanam, sebahagiannya dimakan serangga, kenapa tidak kita tanam 8 batang pokok. 3 pokok untuk makanan mereka. Kita sama-sama berkongsi makanan. Satu pendekatan yang sangat harmoni, dalam kitaran kehidupan, serangga juga memerlukan makanan sebagaimana manusia dan buah/daun adalah makanan mereka. Apa rasa kalau orang marah kita masa kita tengah makan sebab lapar? Mesti kita marah kerana ada orang menghalang hak kita untuk makan.

Menternak ayam adalah satu bentuk kawalan serangga secara ekologi. Ayam satu haiwan yang tak duduk diam dan selalu berjalan-jalan memagut mencari makan. Habis belalang-belakang dimakan, rumput pun dimakan sekali. Kalau dulu rumput selalu panjang, kini rumput-rumput panjang tak payah mesin habis dipijak ayam-ayam ni. Tahi ayam adalah baja organic yang tinggi kandungan nitrogen dan baik untuk pokok-pokok buahan. Lihat? Selain dari menghasilkan daging dan telur kepada kita, lihat bagaimana hubungan kita dengan haiwan bernama ayam dapat memberikan manfaat yang sangat banyak.


Saya mula belajar sesuatu dari ayam. Tahi ayam dikumpul dan dijadikan kompos. Sisa-sisa dari dapur boleh diberikan kepada ayam sebagai agen pencerna yang sangat baik. Perut ikan, betik busuk, lebihan nasi, sayur-sayur rosak semua boleh dimakan oleh ayam. Siput babi yang banyak juga antara makanan kegemaran ayam, saya dah takda masalah siput babi lagi dan saya suka kalau ada jumpa siput-siput ini kerana ia kegemaran ayam, satu sumber protein yang bagus.
Plastik jimat, Alam flora kurang kerja, alam lebih sejahtera, tahi jadi baja dan diguna balik untuk tanam sayur. Tapi harus ingat, ayam juga boleh mendatangkan masalah kepada kita jika tidak dikawal dengan baik. Pokok sayuran boleh rosak dimakan oleh mereka. Mereka Cuma tahu makan sahaja. Apabila kita faham bagaimana kitaran alam berfungsi, banyak perkara yang dapat kita manfaatnya. Cuba bayangkan, sebanyak mana benda yang kita membazir seharian daripada dapur rumah kita hari ini yang kita terus buang kedalam tong sampah?


No comments:

Post a Comment

Herbal Healing: The Alternative to Modern Medicine's Downfall

Discover the Benefits of Incorporating Herbs into Your Daily Routine to Achieve Optimal Health In today's world, people are dying young ...