Pada akhir tahun
2013, Kuantan dan sebahagian tempat di negeri Pahang mengalami banjir besar.
Sesuatu yang tidak terlintas. Ramai yang tidak bersedia. Tidak terkecuali saya
adalah salah seorang mangsa banjir. Dalam rumah air sedalam 3 kaki. Ada rumah
yang cuma tinggal atap, barang dalam rumah semua rosak, kenderaan, ternakan dan
tanaman turut musnah. Sebahagian tempat terputus hubungan ,stok makanan
terputus ke hypermarket, boleh dikatakan masing-masing yang sempat, membeli
dengan jumlah yang banyak untuk diri dan keluarga sendiri. Sebahagian yang
tidak prihatin, menjadi ‘selfish’ dan hanya firkirkan kepentingan diri. Namun ada
juga yang prihatin, barang banyak dibeli untuk diagihkan kepada mereka yang
tidak bernasib baik. Depan mata saya, dipusat penempatan mangsa banjir, satu
keluarga boleh bergaduh dengan keluarga yang lain kerana semata-mata hendak
meminjam lampin anak. Begitu keadaan apabila sebahagian besar masyarakat
ditimpa darurat. Haru …Habis kisah banjir…
Apa yang nak saya
dihighlightkan ialah, bagaimana suasana resah, susah, kacau,dan getir ketika
itu menjadikan manusia hilang banyak pertimbangan, dek cuma kerana makanan. Ya,
zaman ini boleh dikatakan semua kita orang-orang bandar ni bergantung dengan
supply yang ada di pasaraya dan hyperuncit untuk membeli barangan keperluan
harian. Kebanyakkan sumber/resources yang sampai kepada kita adalah dari satu dua
punca utama. Cuba lihat balik, air,letrik,makanan kita? Pernahkan Kita terbayang bagaimana jika ada
satu masa nanti , kesemua bekalan utama seperti elektrik,air, makanan dan pengankutan terus terputus
atau tidak boleh sampai ketempat kita? Ya ia kemungkinan besar boleh terjadi
dan akan terjadi, Apakah yang akan terjadi pada waktu itu jika kita tidak bersedia. Panik? Sudah tentu...Dan pada ketika itu, hanya mereka yang ada ‘sumber-sumber’ akan
boleh meneruskan kehidupan seperti biasa. Nanti kita cerita lebih lanjut kenapa
dan bagaimana ia boleh terjadi?.( Klik untuk bacaan lanjut,bagaimana ia boleh
terjadi)
Begitulah
orang-orang dahulu meneruskan kehidupan mereka. Mereka boleh sustain dan
bergantung dengan alam, dan kawasan sekitar mereka. Mereka menjaga alam, dan
alam turut melimpahkan khidmat kepada mereka. Cuma bezanya ialah Permaculture
adalah berteraskan kajian sains, pengalaman dan ilmu bagaimana merekabentuk
kawasan kita melihat kepada sudut pandang yang lebih luas, bukan hanya aku nak
tanam pokok ni kat sini dan bela kambing kat situ. Oleh sebab ia “Design”, ia
merangkumi analisis, kajian , susunatur ,strategi untuk mendapat hasil yang
optimum, serta membuat keputusan yang mengambil kira banyak kepentingan bukan
hanya kepada diri sendiri, malah kepada alam dan komuniti.
Sampai disatu
tahap, design yang dibina membuatkan kita tidak lagi perlu bergantung kepada
duit. Elektrik boleh dijana sendri melalui air,matahari dan angin , air minum dari
sumber sungai, hujan, kolam, mata air dan telaga, tanaman dan ternakan di
sekeliling, tanah terus subur dengan pengairan dan pembajaan berterusan dari
pohon dan ternakan, gas masakan dari biogas, komuniti saling membantu dan
sebagainya. Hidup tanpa hutang...Bukankah ia satu Kebebasan?
Saya suka perkataan ini,
"Kita sekarang bekerja, dapat duit, beli sumber untuk hidup...
Orang dulu bekerja untuk buat sumber....kedua-kedua mereka bekerja untuk hidup!"
Minat dengan tulisan, Jangan lupa tulis komen anda ya!