Aku mula buat kolam ni pada akhir tahun 2020, kalau tak silap pada October. Mula siap memang puas hati sbb cantik dan ada water feature kat belakang rumah. Rasa damai bila bunyi air. Kolam ni adalah sebahagian komponen yang aku rancang mesti kena ada di Permavillage aku. Asalnya untuk dijadikan Azolla pond. Tapi bila letak azolla, time hujang tengok-tengok semua azolla hilang sebab tepercik keluar. Maknanya xsesuai lah letak azolla utk kolam ni. So letak ikan dulu. Bawah ni gambar pada hujung 2020.
Selepas beberapa bulan, aku tengok air semakin turun dan turun. Makin lama makin cetek. Pasti ade something yang tak kena ni. Pemandangan dah xsecantik dulu. Tension pun ada bila tgk jadi mcm tu.... Ya lah, nak korek bukan main penat juga. Then aku mula nampak ade lalang yang keluar dari tengah2 pond dan tepi. Patutlah air boleh keluar, rupanya dah ade kebocoran akibat akar lalang yang tajam,
Kolam ni rosak bila akar lalang punch pondliner. Terasa silap aku tak racun dulu....Tp aku ni anti racun..Erm...macamana nak buat tu eh.... Idea asal utk pakai concrete, tp ubah sbb xnak ade permanent structure dan supaya nampak lebih organik/natural. Jd aku pakai pond liner(plastik hitam khas utk kolam). Bawah pondliner aku letak used canvas sebagai lapisan utk halang liner daripada kenal batu2 tajam yang mungkin boleh juga mengakibatkan kebocoran.
Bila berlaku macam ni, Jgn cepat putus asa, kita cari solution lain. Tapi pastikan ia bukan solution yg sama kerana hasilnya pasti akan jadi sama juga. Solution yg lebih natural adalah cari tanah liat dan resurface kolam tp xde sources tanah liat, jauh dan mungkin makan modal byk lg.. Utk kali ni, aku cuba utk pakai bentonite clay(bahan semulajadi) utk retain air.. Kita tgk hasil mcmana
So antara pengajaran yg aku dapat daripada binaan kolam ni. Jangan terburu-buru masukkan air. Pastikan kita rancang betul-betul steps kerja kita supaya ia betul2 menjadi. Ni kalau dah letak air, nak patah balik baiki memang penat dan melecehkan.
No comments:
Post a Comment